Allah

zwani.com myspace graphic comments

Scrool


Isnin, 26 Disember 2011

Sebab ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah.



Kenapa Kita Diketemukan Dengan Orang Yang Salah.




1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Sabtu, 17 Disember 2011

Ciri-ciri Idaman Ku!!!



Alangkahnya Kalaulah Aku Jumpa Perempuan Begini.

SI JEJAKA: Hi awak, boleh berkenalan, da lama saya perhatikan awak.

SI GADIS: Assalamualaikum…sape ni?


SI JEJAKAWaalaikumussalam..saya *hamba ALLAH*.Terus terang saya rasa tertarik hati ngan awak ,Tapi sebelum tu boleh saya tau awak sudah berpunya ke belum?
SI GADISSelagi belum bernikah saya bukan kepunyaan sapa2.ish3…


SI JEJAKA: Boleh tak kte berkawan?
SI GADISMintak maaf, saya takut persahabatan yang dibina bertukar kepada rasa cinta.Saya harap awak faham.


SI JEJAKA: Baguslah kalau begitu, tak salah kan.
SI GADISItu salah.. cinta sebelum nikah adalah HARAM.


SI JEJAKA0oo ok..so macam mana saya nak dekati awak?
SI GADISDekati abah dan mama saya.kalau mereka setuju terus masuk meminang, kan senang.


SI JEJAKA: Err….macam tu ke..kenapa kena melalu family awak dulu?
SI GADISSebab saya tak nak terjatuh cinta ngan awak sebelum nikah.Saya tak nak mulakan zina hati.


SI JEJAKASaya faham,kalau saya tak mampu lagi nak meminang awak?
SI GADISSimpanlah cinta dan rindu itu di dalam hati, sehingga ALLAH bagi kemudahan pada awak.Mencintai tidak semestinya memiliki.Redha akan takdir yang ditentukan ALLAH.


SI JEJAKAOk saya faham.


SI GADISTrima kasih, saya ada hal ni..assalamualaikum
SI JEJAKAWaalaikumussalam.

Selasa, 13 Disember 2011

Nasihat Kepada GADIS-GADIS!


Nasihat Kepada GADIS-GADIS!!

Apabila kamu berkawan dengan lelaki, INGATLAH ada dua pilihan terbentang!!!

PERTAMA, kamu jadi seperti KELAPA, mudah diperoleh, diparut,diperah,diambil santanya, kemudian hampasnya dibuang.

KEDUA, kamu menjadi sebutir MUTIARA, berada di dasar laut, tersimpan rapi, dilindungi kulit, bukan senang nak lihat, apa lagi mendapatkannya, hanya orang bertuah dapat memperolehinya.

Fikir-fikirkan Dan Selamat Beramal!!!

Ahad, 11 Disember 2011

Kali Pertama Aku Bermain

Pengakuan Aku Yang BErani! (Kali Pertama Aku BErmain)!

Ni lah cerita aku yang patut semua tahu. Bagi sesape yg mengenal aku harap korang leh terima perangai aku yang sebegini. Cerita nyer bermula lepas SPM dan cerita ni aku edit sikit-sikit dari cerita sebenar........

Aku ingin berkongsi pengalaman pertama aku bermain dengan perempuan. Ini bukan fantasi dan memang betul-betul terjadi. Tahun 2009 adalah tahun di mana harga barang semua naik. So aku bukan nak cerita pasal barang naik. Disebab kan harga barang naik aku terpaksa mencarik duit lebih untuk carik duit poket sikit. Maklum la remaja kan suke beli mcm2 barang, sbb 2 la ak kena keje. Aku menyewa sebuah rumah kampung berkongsi membayar dengan teman2 yg lain. Disebabkan aku bekerja syiff, tidur aku tak menentu. Kalau kerja pagi aku tidur malam dan kalau kerja malam aku tidur sianglah.

Nak jadikan cerita jiran aku tu adalah sebuah keluarga kecil lebih kurang 3 orang anaknya. Yang bungsu 3 tahun, kedua 12th dan yg ketiga anak gadisnya, berusia 18th. Jika aku pulang kerja syif malam aku senang membasuh terus pakaian aku dan akan aku sidai di ampaian yang
bertentangan dgn bilik anak gadisnya yg sulung. Setiap kali aku menyidai kain bajuku, aku perasan ada sepasang mata di celah2 tingkap cermin memerhatiku. Tapi aku syak mesti anak gadisnya itu. Tekaan aku rupanya tepat bila maknya memanggil "Yati!!!!", lantas bergemalah satu suara dari bilik itu dan menyahut, "ya, mak!!!".

Aku pendekkanlah ceritaku ini. Entah macamana pada hari yang lain aku menyidai kain bajuku, anak gadisnya juga menyidai kain bajunya jugakerana ampaian kami bertentangan kedudukannya. Maka  dari peristiwa itulah titik tolak perkenalan kami. Setiap kali aku sidai baju mesti dia sidai baju juga dan kami sering bertanya kabar dan berbual2 mesra.


Satu hari dia tanya aku, "Siang ni you free tak?" Aku yg terpinga-pinga bertanya balik, "Ada apa?" "I nak tumpang bilik youlah, kawan you pun kerjakan?" Berderau darah aku lantas terpacul selamba suaraku "Eh... no problem" "Bilik u ada TV?" tanya dia lagi "Ada!!!" balasku dengan kehairanan "Kalau macam tu baguslah..u tunggu kat bilik, lagi 1/2 jam i datang."


Aku pun dengan dada yg berdebar2 menunggunya sambil memerhati jam di dinding dengan perasaan yg tak sabar. Setengah jam berlalu tiba2 Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilikku berbunyi. Tanpa membuang masa aku membuka pintu bilik dan Yati dengan tshirt ketatnya tersenyum sambil tangannya menjinjing beg plastik yg aku tak pasti apa isinya. Tanpa membuang masa dia terus menuju dan men'switch on'kan tv aku dan terus membuka barang di dalam beg plastiknya. "U biasa main tak?" tanya Yati "Tak biasa" jawab aku "Tak pe i ajar u, step by step. U tengok i punya permainan dan lepas tu u pulak main, nanti dak okey kita main sama2."ujarnya panjang lebar.


Tak sampai 1 jam permainan yg diajar oleh Yati, aku dah okey dalam permainanku dan kami kini bermain bersama-sama. Kadang-kadang turn aku dulu kemudian turn dia pulak.


Fuhhhh... .Syok ape... Gian beb, dan dengan selamba aku pun tanya,

"Eh, mahal tak Playstation yang u beli nie?" tanya aku

"Mahal juga, itupun ayah yang belikan" jawab Yati
"I
ingat nak belilah satu, bulan depan" aku bersuara dgn penuh minat
"Eloklah, esok nanti Yati tak yah nak bawak Yati punya PS lagi" Yati
menjawab dgn senyum. Lebih kurang 2 jam bermain, Yati minta diri dan
kami bersalaman.

Untuk kekawan, itulah pengalaman pertama

aku bermain Playstation dengan seorang awek. Aku harap korang
terangsang dengan cerita aku ini... .Copy and Edit dari blog lain...heeeeeeee 
f.f~ ~ ~

Selasa, 6 Disember 2011

3 Jenis Cinta

 
1. JODOH DARI SYAITAN .
kamu berdua berkenalan ,
berpegangan tangan ,
dan terus buad maksiat ,
akhirnya si perempuan mengandung ,
... baru kamu menikah ,
2. JODOH DARI JIN.
kamu berdua berkenalan ,
kamu suka kan si perempuan ,
tapi si perempuan tak suka kat kamu ,
kamu bomohkan dan sihirkan agar si perempuan suka kepada kamu ,
dan kamu berdua menikah .


3. JODOH DARI ALLAH .
kamu berdua bertentangan mata ,
terus menusuk ke kalbu ,
kamu terus meminang si perempuan ,
dan si perempuan menerima pinangan kamu ,
dan kamu berdua menikah ,
insya allah berkekalan hingga akhir hayat .
DAN ITU LAH YANG DINAMAKAN ' Syurga Cinta '
saya nak cinta no. 3.. (^_^)

Gile Kentang 3

 Penghibur Saya!!!





POLIGAMI!!!



Ustazah: "Saya tdk pernah tolak hukum poligami."
Jamaah: "Wah, hebat Ustazah!"
Ustazah: "Saya tdk pernah melarang para suami nikah lagi."
...
Jamaah: "Wah, benar2 top Ustazah."
Ustazah: "Yang penting..."
Jamaah: "Yang penting...adil eh Ustazah?"
Ustazah: "Bukan. Yang penting...bukan suami saya!!!
 
______________________________________________

MUNTAH!!!

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.

“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.

“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”
 
______________________________________________
 Hahahahaha~~~
Nazmi : Ayah, harini Nazmi score 1 goal lawan Bahrain !
Ayah : Anak jiran sebelah tu score 10A SPM kau tau !!
~~
Anak jiran sebelah: ayah sy dpt 10A
Ayah jiran sebelah: anak jiran sebelah dpt 30ribu menang sukan sea. Baru 17thn da dpt duit mcm tu kau bile dpt pgg duit byk tu?
 

Gile Kentang 2

Ayah yang Sweet!!!!!



Gadis : hari ni sy jalani pembedahan jantung .
Lelaki : sy taw :') I love you .
Gadis : I love you too .♥
(Bile sedar dari pembedahan , gadis tengok bf die takde . Tp ayah die je yg ade)
Gadis : mane bf sy ayah ?
Ayah : Siti taw tak sape dermakan jantung untuk siti ?
Gadis : apaaaaa ? ( Terus menangis ) T_T
Ayah : hehe takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas ;D

Jumaat, 2 Disember 2011

Gile Kentang 1

LAWAK GILE KENTANG!!!



Salah Tafsir!!!



Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".


                                                                                                                                   


Hebat!!!




KADIE: Semalam aku nampak hantu!
SAMAD: Uih! kau terkejut tak?
KADIE: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
SAMAD: Mana kau tahu?
KADIE: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
                                                                                                                                  


Ape Pown Tak Boleh!!!




RAMLI: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
SUDIN: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"
                                                                                                                                   


WASIAT NENEK!!!




Ada sorang tua, nama dia Nenek dan Cucunya Ani. Nenek terlantar di hospital kerana sakit jantung, ... .

Keadaannya semakin ari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.


Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.


Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut


Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah... ... ... ... .


"Din, ... . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu"

                                                                                                                                   


AIDS!!!



AJIP:Kau ade AIDS Jai...
JAI: Aku ada AIDS? mana ada...
AJIP: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu.